EKSA
telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula
Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan
persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan
kepada warga organisasi. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang
berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya
mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru
menjimatkan kos operasi.
EKSA juga adalah penambahbaikan terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti yang
berteraskan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Penambahbaikan ini masih berteraskan kepada amalan 5S dengan
menitikberatkan imej sektor awam, menggalakkan kreativiti dan inovasi selaras
dengan kepuasan pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
berteknologi hijau melalui aktiviti - aktiviti Go Green.
Oleh itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) Negeri Johor berusaha untuk melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam usaha untuk menggalakkan warga zon agar
lebih kreatif dan inovasi dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai
serta mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Langkah ini adalah relevan dan seiring dengan perubahan dan kehendak
semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping
menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan atau
agensi sektor awam.
0 coment�rios:
Post a Comment