TAKLIMAT EKSA DARI FASILITATOR YANG DITAULIAHKAN OLEH MAMPU IAITU EN. AZMAN

Pada 27 April 2019 (Sabtu) yang lalu, CIDB Negeri Johor telah mengadakan taklimat Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di pejabat CIDB Negeri Johor. Taklimat ini disampaikan oleh En. Azman Bin Yaakob iaitu fasilitator yang telah ditauliahkan oleh pihak MAMPU.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan  dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan EKSA di pejabat CIDB Negeri Johor kepada semua staf.






CARTA PERBATUAN CIDB NEGERI JOHOR TAHUN 2019

PELAN LANTAI ZON LEDANG


PELAN LANTAI ZON DAHLIA


PELAN LANTAI ZON ZAMRUD

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA CIDB NEGERI JOHOR


Garis panduan ini diwujudkan adalah untuk dijadikan rujukan kepada semua staf CIDB Negeri Johor dalam  melaksanakan aktiviti EKSA ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun.








  • Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
  • Menerapkan budaya korporat ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi piagam pelanggan.
  • Mempertingkatkan pemahaman warga kerja melalui amalan EKSA bagi menghasilkan tahap kreativiti dan inovasi yang tinggi dengan mewujudkan sesuatu sistem yang memberi impak positif kepada agensidan perkhidmatan.
  • Membentuk keperibadian yang cemerlang kepada setiap warga kerja melalui amalan EKSA.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjimatan tenaga serta amalan kitar semula (Go Green).



Amalan EKSA di CIDB Negeri Johor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dengan membentuk budaya kerja yang kondusif yang mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan di dalam organisasi


EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada warga organisasi. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.

EKSA juga adalah penambahbaikan terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti yang berteraskan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Penambahbaikan ini masih berteraskan kepada amalan 5S dengan menitikberatkan imej sektor awam, menggalakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan kepuasan pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan berteknologi hijau melalui aktiviti - aktiviti Go Green.

Oleh itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) Negeri Johor berusaha untuk melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)  dalam usaha untuk menggalakkan warga zon agar lebih kreatif dan inovasi dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai serta mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Langkah ini adalah relevan dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan atau agensi sektor awam.






Pada 11hb Julai 2019 (Khamis) yang lalu, satu program gotong-royong perdana telah diadakan untuk membuat penambahbaikan EKSA terhadap Bangunan CIDB Negeri Johor.

Semua staf CIDB Johor terlibat untuk sama-sama menjayakan program ini.